[BANNERkastam.jpg]

 

 

Seminar Motivasi Pelajar bagi menghadapi perperiksaan

menggunakan sistem dan kaedah Teknologi Ilmu Kamarika

.

07 Mac 2009

Wisma Kastam Seremban

Master Trainer;

Kamari Kasan

.

Jurulatih;

Iskandar Kamari, Azman Rahmed, & Safwan Mohd Zin

 

 

 

Sambungan komen dari halaman terdahulu...

 

 

Pada pandangan saya, kursus motivasi ini memberi banyak manfaat kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Minda saya lebih terbuka untuk berfikir menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Teknik-teknik yang diajarkan mudah difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan saya. Kursus ini juga membuka hati saya untuk lebih meminati ilmu dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Walaupun rakan-rakan di sini kebanyakannya tidak dikenali, mereka tetap ramah dan dapat mencari kenalan baru. Kerjasama yang diberikan juga sangat baik. Malahan, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan begitu menarik perhatian saya dan melatih minda saya untuk berfikir. Keadaan dewan juga adalah sangat selesa, bersih dan berhawa dingin. Makan dan minum yang disediakan sangat lazat.

 

 

Kursus ini patut dianjurkan lagi pada masa hadapan. Kawan-kawan saya di sini semuanya baik dan pandai. Keadaan dewan ini sejuk, bersih dan wangi.

 

 

Kursus ini boleh diteruskan pada masa hadapan kerana sangat bagus untuk memupuk minat para pelajar.

 

 

Muhammed Ekmal bin Abdul Razak

 

Saya berasa amat gembira dengan kursus ini. Pengajaran en. Kamari amat memuaskan bagi saya aktiviti yang luarbiasa. Keadaan dewan ini tiada apa-apa masalah. Makanan dan minuman yang dibrikan amat lazat. Jurulatih ini memberi rahsia-rahsia untuk belajar. Urusetia di dalam dewan ini sungguh baik. Berharap agar kursus ini akan diadakan pada setiap tahun.

 

 

Pada pandangan saya, kursus ini amat memberangsangkan. Bukan saja kami dapat belajar malah sekaligus menambahkan daya kreativiti di dalam diri kami. Selain dari sistem pembelajaran dan cara mengingati yang sistematik, keadaan di dalam dewan ini juga selesa untuk kami belajar. Dalam kursus ini juga saya dapat mengetahui perkara yang selama ini saya tidak ketahui.

 

Kursus ini juga membuatkan diri saya bergaul dengan ramai kawan-kawan yang baik dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan sepanjang motivasi ini. Makan dan minum semuanya diatur dengan cermat serta kami diberi masa yang mencukupi untuk merehatkan diri kami. Semua jurulatih dan urusetia amat memuaskan. Bimbingan mereka dan bantuan mereka membuat kami berasa senang hati dan tidak merasa dibebankan. Akhir kata, saya tiada apa-apa cadangan kerana bagi saya kursus ini penuh dengan motivasi yang positif. Saya berharap agar program ini akan diteruskan di masa yang akan datang.

 

 

Pada pandangan saya, kursus ini telah memberi banyak manfaat kepada semua peserta yang menyertainya. Kursus ini telah memberi pelbagai teknik belajar dan mengingat yang berkesan. Banyak teknik telah dipelajari oleh para peserta. Di sini, saya ingin memberi cadangan bahawa program seperti ini wajar dibuat di sekolah-sekolah di malaysia. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan apabila melakukan kerja kumpulan. Semua pihak yang terlibat telah memberi kerjasama terhadap semua peserta. Diharap kursus ini akan lebih berkembang maju di seluruh dunia.

 

 

Tahun 5

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Kursus ini adalah yang terbaik buat saya. Keadaan dewan amat cantik dan bersih. Makan minum telah disediakan. Kami semua membuat aktiviti yang menyeronokkan saya.

 

 

Kursus ini sangat bagus dan saya rasa best sangat selepas saya dengar ceramah ini. Kawan-kawan saya semuanya ok sporting lagi. Keadaan dewan ini sangat sejuk dan selesa. Makan minum semuanya best. Jurulatih kat sini semuanya best dan mahu bekerjasama.

 

 

Muhd Farhan Zaim bin Abdul Razak

 

Kursus ini memang bagus untuk meningkatkan cara-cara untuk berjaya. Kawan-kawan semua bermacam-macam perangai ada yang poyo dan pendiam. Makanan di sini semua sedap-sedap. Jurulatih di sini semua baik-baik sama seperti urusetia. Dalam kursus ini terdapat permainan seperti paku seimbang, gari silang dan permainan fizikal.

 

 

Pandangan dan pendapat saya ialah kursus ini ialah bagus untuk membuka minda saya kerana sebelum ini saya tidaklah yakin dengan keyakinan saya. Untuk kawan-kawan pula, saya ada beberapa kawan yang baru saya kenal dan mereka sangat baik hati. Keadaan dewan pula sungguh selesa, dan sejuk macam kat igloo pula. Makan dan minum pula sungguh enak dan sedap. Jurulatih pula, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang teramat kerana sudah mengajar saya dengan baik dan urusetia juga sudah memberikan saya peluang untuk masuk dalam program ini. Saya sungguh gembira pada hari ini, thank you very much.

 

 

Kursus ini sungguh menawan hati saya dan pada petang ini saya telah membuat  aktiviti yang sungguh hebat. Permainan ini sungguh terharu. Permainan itu seperti gari silang dan seimbang paku dan membuat peperiksaan dan ujian dan membuat nota. Saya ingin datang lagi di tempat ini. Saya dan kawan-kawan rasa terharu dan di tempat ini sungguh sejuk dan banyak orang yang datang.

 

 

Ain Eidzati binti Ahmad

Form 3

017-6523197

lavenda_sonata@yahoo.com

 

bismillahirrahmanirrahim...

 

Sepanjang program ini dijalankan, banyak teknik dan pengetahuan yang saya perolehi. Walau bagaimanapun, saya amat berharap agar program ini dijalankan sekali lagi dalam tempoh yang lebih panjang. Penceramah seorang yang baik, peramah dan berpengalaman luas. Amat memuaskan hati semua yang terlibat. Dalam program ini, saya juga dapat mengenal rakan-rakan dari sekolah yang berlainan. Makanan dan minuman yang disediakan amat baik. Semua jurulatih bersikap peramah dan kami semua senang bekerjasama dengan mereka. Terima kasih kepada PEWAKAS kerana menganjur program yang amat baik ini.

 

 

Ilmu kamarika membuka satu minda dan dunia baru dalam hidup saya. Saya berharap program ini dapat dijalankan dengan lebih lama dan membuat satu kelas khusus pelajar-pelajar yang menghadapi UPSR, PMR dan SPM. Saya bersyukur sangat sebab diizinkan untuk menghadiri ceramah ini. Sepanjang berada di sini saya mendapat pengalaman baru, teknik-teknik yang berkesan. Saya harap program ini dapat dijalankan lagi dengan waktu yang lebih lama. Makan dan minum juga amat sedap. Saya mengucap terima kasih kepada penceramah iaitu en. Kamari serta pembantunya abang iskandar, azman dan safuan. Tidak lupa juga kepada penganjur program ini iaitu pewakas. Melalui program ini juga saya mendapat kawan baru iaitu hazirah. Banyak nilai murni dan pengajaran dapat diterap dalam diri saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi.

 

 

Muhd Zulkanain bin Mohd Daud

P.A.Y.D.A

 

Saya gembira kerana program ini dijalankan. Saya dapat banyak mengeratkan siratulrahim antara satu sama lain. Jurulatih di sini juga baik-baik. Saya dapat memperoleh ilmu di sini. Contohnya saya mendapat pengetahuan yang baru. Saya juga mendapat semangat untuk berjaya. Keadaan dewan di sini juga bersih.

 

 

Aidil bin Dahlan

P.A.Y.D.A

 

Saya gembira kerana program ini dijalankan kerana saya dapat memperoleh ilmu di sini. Contohnya saya dapat mengetahui apa perkara yang tidak saya tahu. Keadaan di dewan ini bising apabila hendak melepaskan diri dari tali dan semasa enam paku hendak didirikan. Makanan dan minuman di sini boleh tahan juga. Jurulatih di sini baik-baik belaka. Akhir sekali saya berharap agar program ini dapat dijalankan lagi.

 

 

Muhamad Akmal Azuan bin Malek

 

Kursus ini amat bagus saya amat menyukainya kerana banyak aktiviti yang menggunkan otak. Di sini tempatnya amat selesa apabila dibuat kursus. Saya amat berbangga kerana terdapat banyak kawan yang ramai dari pelbagai negeri. Makan dan minum di sini amat menyelerakan dan lazat apabila dinikmati oleh semua peserta.

 

Di sini juga, jurulatih di sini amat baik dan berbudi bahasa apabila bertutur kepada mereka. Saya tidak takut kerana mereka mempunyai sifat yang mulia.

 

Urusetia di sini pun baik juga dan berbudi bahasa kepada peserta yang hadir ke sini. Aktiviti yang dilakukan di sini amat mencabar bagi otak kanan dan kiri. Saya selesa membuat kursus di dalam dewan yang ada penghawa dingin dan tidak kotor dan tidak ada debu.

 

Saya merayu kepada semua urusetia dan jurulatih supaya mengadakan kursus ini lagi pada lain tahun. Kursus ini memberikan banyak manfaat kepada semua orang untuk menjadi orang yang hebat dan berguna.

 

 

Muhd Yusri bin Kamarul Arifin

 

Saya gembira kerana program ini penuh dengan abang-abang pakcik-pakcik yang baik. Selain itu, saya juga mendapat banyak ilmu daripada semua urusetia. Jurulatih yang melatih saya pun baik. Makan di sini  sungguh sedap dan minuman di sini pun sedap juga. Keadaan dewan ini sungguh sejuk, besar, cantik dan menarik. Urusetia di sini semua baik belaka. Saya suka program ini.

 

 

Pada pandangan saya mengenai kursus ini ialah sangat baik. Kerana banyak perkara baru yang saya belajar dan boleh mengambil iktibar atas kesalahan yang lalu saya lakukan. Di sini, saya mendapat kawan-kawan baru yang baik walaupun berbeza umur. Keadaan dewan ini sangat teratur dan dilengkapi dengan penghawa dingin. Makanan dan minuman yang disediakan sangat sedap dan memuaskan. Jurulatih di sini amat berdedikasi dan baik. Harapan saya motivasi dapat dianjurkan pada masa hadapan dengan lebih baik.

 

 

Saya sangat suka akan makanan di sini. Lebih-lebih lagi guru penganjur di kursus ini baik dan peramah. Saya juga dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan saya yang berdekatan. Keadaan dewan kursus ini amat kemas, bersih dan teratur. Aktiviti di sini juga menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti berikut dapat menggunakan akal daripada otak kiri dan otak kanan saya. Saya juga dapat mempelajari tentang sell dan tentang penggunaan otak kiri dan otak kanan. Saya amat gembira berada di sini.

 

 

Kursus ini sungguh elok cara penyampaian kursus motivasi ini sesuai dengan remaja dan kanak-kanak. Penyampai motivasi ini, uncle ageng kamari sungguh berkesan dan uncle memahami pemikiran kita dan boleh menyesuaikan dengan kita. Semuanya memuaskan dan harap kursus sebegini akan dibuat di masa akan datang.

 

 

Kursus ini sungguh menyeronokkan. Terutama ketika penceramah memberikan ceramah. Banyak skill yang diberikan. Terutama tentang perbincangan tentang otak kiri dan otak kanan. Permainan yang dibuat juga sangat menyeronokkan. Sungguh menguji minda. Diberi masalah dan dapat menyelesaikan. Banyak cara meyelesaikan masalah diberikan.

 

Kawan ok, semua sporting, peramah, tidak kerek, semuanya masuk air.

 

Harap dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Mungkin banyak lagi skill atau benda yang berfaedah diberikan kepada para pelajar. Program yang sungguh menyeronokkan. Adakan lagi program seperti ini.

 

Keadaan dewan selesa, okay, cantik dan sistem audio yang besar.

 

Makan minum sedap.

 

 

Mohd Adib bin Karim

Tingkatan 2

012-3476081

 

Pada hari sabtu saya telah memasuki program kursus motivasi pelajar kamarika. Kursus ini saya dapat belajar tentang cell, dan lain-lain lagi. Kemudian saya berkenalan dengan kawan-kawan saya di dalam dewan. Keadaan di dalam dewan ini amat bersih dan cantik. Kemudian saya makan minum mencukupi. Lepas itu jurulati semua baik-baik.

 

 

Komen saya terhadap kursus ini ialah saya minat dengan kursus ini kerana dapat memberi saya cara untuk belajar dengan lebih bagus. Tentang kawan-kawan pula, saya harap dapat dipertambahkan lagi kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahhim antara saudara sesama islam dan sya amat hornat kepada para pelatih di kursus ini kerana mereka sangat sporting. Tentang makanan dan dewan ini bagi saya no komen.

 

 

Mohd Shazrin bin Mohd Fuad

Darjah 6

014-2695455

 

Kursus ini dianjurkan pada hari sabtu ini. Kawan-kawan saya makan dengan kawan di dalam dewan. Keadaan dewan banyak aktiviti yang dilakukan dan kamarika kastam diraja malaysia. Makanan minuman saya makan dan minum mee hun sedap sekali. Jurulatih kamari bin ismail.

 

 

Komen saya terhadap aturcara yang disediakan oleh pewakas ialah ia adalah sangat bagus terutama sekali penceramah hadir begitu bagus kerana memberikan input yang padat kepada pelajar yang hadir. Selain itu motivasi ini juga menyediakan pelbagai jenis permainan serta soalan\soalan yang menguji minda. Malahan makanan yang disediakan juga amat sedap dan boleh ditambah sebanyak dua kali. Selain itu, keadaan dewan juga amat selesa dengan adanya penghawa dingin serta jurulatih yang mesra. Oleh itu saya berharap sanagt bahawa pewakas akan mengadakan lagi kursus seperti ini di masa hadapan bersama dengan penceramah yang sama. Sekian terima kasih. Tak komen lagi.

 

 

Muhammad Aidil bin Karim

Darjah 4

012-3549405

 

Kursus ini dianjurkan pada hari ini. Kawan-kawan saya bernama ikmal, zarin, zohair, shazrin, adib. Keadaan di dewan agak luas dan selesa. Makan minuman sungguh sedap sekali. Jurulatih : kamari bin ismail.

 

 

Bismillahirrahmanirrahim

Bagi saya program ini sangat bagus, diharap penganjur dapat menganjurkan program ini lagi. Tidak banyak yang boleh saya katakan di sini.

 

 

Bismillahirrahmanirrahim

Komen saya tentang kursus ini sangat bagus. Dan saya mempunyai kawan baru di kursus ini. Saya berharap penganjur kursus ini dapat menganjurkan program ini lagi. Jurulatih di kursus ini sangat bagus. Tiada banyak lagi yang boleh saya katakan.

 

 

Ahmad Zarin

Darjah 6

 

Kursus ini perlu dianjurkan lebih kerap secara sukarela. Keadaan dewan agak luas dan selesa. Makan dan minum agak mewah. Urusetia perlu menampilkan diri di tempat yang sesuai dengan lebih kerap

 

 

Komen saya tentang kursus ini ialah kursus ini sungguh bagus. Dapat memberikan teknik-teknik yang bagus untuk mengingat nota, cara-cara belajar dengan betul. Kawan-kawan di juga bagus. Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim. Keadaan dewan bersih dan teratur. Makan dan minum di sini mengenyangkan. Jurulatih juga ramah dan baik urusetia dapat menganjurkan program ini dengan lancar. Harapan saya supaya program ini dapat dijalankan lagi.

 

 

??????????? Idris

Tahun 4 Delima

 

Makanan dan minuman di sana sangat manis dan harum. Makanan di sana enak rasanya sungguh hebat. Macam-macam ada donat, nasi goreng dan juga yang lain-lain juga.

 

 

Muhammad Nadzri bin Yahaya

 

Kursus ini ialah program ini sangat bagus semua kanak-kanak. Kawan-kawan saya baik-baik belaka. Keadaan dewan sangat sejuk, kemas, bersih dan selesa. Makan minum sangat sedap dan memuaskan. Jurulatih banyak bekerja keras untuk melatih. Urusetia sangat bagus.

 

 

Idea yang saya berikan saya harap kursus ini akan berkembang besar. Kursus ini sangat seronok dan bagus, saya suka kursus ini kerana ia sangat seronok. Saya dapat pengajaran daripada kursus ini ‘biar mendapat nombor terakhir lama nombor itu akan menaik ke taraf cemerlang. Saya harap kursus ini akan diadakan lagi pada tahun depan.

 

 

Saya mencadangkan agar program ini dapat diterukan kerana banyak teknik dan pengetahuan baru yang saya dapat dalam program ini. Selain itu saya mendapat ramai kawan di sini. Keadaan dewan di sini amat selesa. Terdapat banyak kemudahan disediakan di sini. Contohnya keperluan kerusi yang cukup kepada peserta dan penyaman udara. Makanan yang disediakan di sini sedap-sedap belaka.

 

 

Saya mencadangkan agar program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Saya berasa amat bersyukur kerana berkesempatan menghadiri ke motivasi ini. Saya tlah belajar bermacam-macam tekik untuk belajar. Pada pendapat saya, program ini adalah program paling seronok yang pernah saya sertai. Jurulatihnya juga amat prihatin. Selain itu, makanannya juga amat menyelerakan saya. Di sini saya telah mengenali ramai kenalan baru. Saya telah diajar cara-cara untuk bekerjasama antara satu sama lain. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PEKAWAS (Persatuan Wanita dan Isteri-isteri Pegawai Kastam) dan jurulatih-jurulatih serta penceramahnya.

 

Nur Zafirah bt Sallehudin (013-277 3741) fyra_zaf@yahoo.com

 

 

Pandangan saya pada kursus motivasi ini ialah dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah. Pada pendapat saya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sangat bagus, membuka idea dan minda pelajar tentang cara-cara menggunakan otak kiri dan kanan. Keadaan dewan ini sangat tenang.

 

Kawan-kawan bekerjasama dalam melakukan aktiviti yang dijalankan.

 

Keadaan dewan sangat tenang.

 

Jurulatih banyak membantu kami ketika berada dalam kesusahan. Sangat baik.

 

Cadangan saya ialah mengadakan kempen ini pada setuap tahun, diadakan di kem motivasi.

 

HARAPAN

 

Mengadakan lagi program ini pada tahun-tahun yang lain kerana ia dapat memberi manfaat dan pengetahuan.

 

 

Komen

 

Program ini banyak memberi kesedaran tentang pentingnya menggunakan kedua-dua belah fungsi otak. Tambahan pula, program ini telah memberikan idea cara menyelesaikan semua masalah.

 

Kawan-kawan di sini telah memberi kerjasama dan respon yang positif terhadap saya.

 

Fasilitator juga banyak membantu saya.

 

Cadangan

 

Mengadakan program sebegini dalam bentuk Kem Motivasi, aktiviti yang melibatkan para peserta bermalam selama beberapa hari. Hal ini dapat memberikan kesan yang lebih berkesan bagi setiap peserta.

 

 

Saya amat gembira kerana kursus ini dapat memandaikan lagi otak. Saya ada banyak kawan, dan keadaan dewan amat selesa, boleh makan dan minum. Jurulatih ada tiga orang abang yang bernama abang Iskandar, Azman dan Safwan dan lain-lain lagi.

 

 

Berasa gembira. Tempat yang bersih. Makanan yang sedap. Jurulatih yang baik. Aktiviti-aktiviti yang mencabar minda. Mempunyai ramai kawan. Dianjurkan lagi.

 

 

Komen/Cadangan

 

Kursus ini adalah yang terbaik untuk saya.

Kursus ini sangat menyeronokkan saya.

Dan lain-lain.

 

Nor Nadjiah binti Yahaya (Darjah 5)

 

 

Muhd Farid bin Abdul Wahabi

 

Saya mencadangkan kursus ini melakukan lebih aktiviti dan ceramah. Kalau boleh buat latihan menjawab soalan yang sesuai bagi setiap peringkat umur. Jika boleh, kita tingkatkan lagi semangat pelajar-pelajar untuk berjaya. Saya jiga cadangkan supaya kursus ini penuh dengan kata-kata semangat.

 

 

Saya cadangkan kawan saya buat kursus. Tentang urusetia dan jurulatih dan makan minum ada juga yang buat latihan yang tidak membosankan.

 

 

Amalan menghadirkan diri ke motivasi adalah sangat penting dan banyak mempunyai faedah. Dengan adanya motivasi ini membolehkan pelajar yang lemah menjadi seorang yang tekun dan juga berpendirian. Selain daripada itu, saya juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim dengan kawan-kawan yang tidak sama usia dengan saya. Bagi saya, keadaan dewan ini cukup selesa kerana terdapat alat penghawa dingin.dan tempat duduk yang selesa. Harapan saya ialah, boleh mengadakan motivasi seperti ini lagi di setiap sekolah bagi menjadikan pelajar lebih tekun.

 

 

Pandangan saya terhadap kursus ini sungguh bagus. Makan minum sedap. Kawan-kawan saya ada yang gedik ada juga yang baik. Keadaan dewan sungguh sejuk. Jurulatih best-best.

 

 

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan menjalankan motivasi ini. Di sini saya ingin memberikan komen tentang kursus yang dijalan dari awal pagi hingga ke petang.

 

Saya berpuas hati kerana dapat input-input penting dalam kursus ini. Saya dapat belajr bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah dengan mudah. Selain itu, kita dapat pelajari tentang bagaimana mahu mengingati nota dengan efektif.

 

Di kesempatan ini, saya dapat mengenali kawan-kawan baru. Di samping itu, kita juga dapat bekerjasama untuk menyelesaikan dua permainan yang menguji minda seperti imbangn paku dan melepaskan tali. Makan minum di sini sedap-sedap belaka. Jurulatihnya juga agak kacak dan pandai menasihati orang.

 

Cadangan saya adalah perlu buat aktiviti riadah sedikit bagi kursus selepas ini.

 

 

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kepada program ini kerana telah memberi saya ilmu yang banyak. Selama ini saya memang tidak boleh menghafal tetapi selepas diajar teknik saya dengan serta-mertanya saya boleh menghafal.saya dapat menyelesaikan masalah dengan mudah apabila belajar teknik-teknik yang dibelajari sebentar tadi. Pendapat saya, kursus ini wajib dikekalkan.

 

 

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kursus ini kerana memupuk anak-anak untuk melatih dirinya menjadi pelajar dan melakukan aktiviti yang seronok.

 

Dengan ini, saya berasa gembira kerana telah dijemput ke majlis ini dengan penuh keseronokan.

 

Saya telah melakukan aktiviti yang seronok seperti melepaskan tali yang telah diikat dan menggunakan fizikal dan tidak banyak gerak.

 

Kalau boleh, saya ingin manghadiri majlis seperti ini lagi. Saya harap saya akan dijemput lagi pada masa hadapan.

 

 

Tingkatan 1

 

Kursus ini adalah yang terbaik kerana saya dapat mempelajari teknik-teknik pelajaran yang baru

 

Dapat mengenali kawan-kawan baru.

 

Keadaan dewan yang dilengkapi penghawa dingin, slight dapat membuatkan saya selesa.

 

Makan minum di sini amat enak dan berkhasiat.

 

Jurulatih sentiasa memberi tunjuk-ajar.

 

Urusetia sentiasa memberikan senyuman dan tunjuk-ajar.

 

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Kursus ini adalah terbaik kerana saya dapat mempelajari teknik-teknik baru. Dapat mengenali kawan baru. Keadaan dewan ini besar. Makan minum di sini sedap.

 

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Nur Syahira binti Mohd Fuad

 

Tingkatan 3

 

06-6776000/ 014-2648933/ 017-2841145

 

Komen saya tentang seminar motivasi pelajar ialah ia amat menceriakan saya dan kawan-kawan saya. Keadaan dewan ini bersih dan cantik. Makan dan minumnya boleh dikatakan sedap... hehehe... jurulatihnya pun baik.

 

Cadangan saya pula mudah-mudahan ada lagi program seminar motivasi pelajar pada tahun hadapan.

 

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Nur Fatihah bt Haji Mohd Anuar

 

Darjah 5

 

012-6146901

 

Kawan-kawan di sini amat baik sekali. Makan minum di sini okey sedap. Keadaan di dewan ini amat cantik sekali. Jurulatih di sini amat baik hati sekali. Urusetia amat baik hati, peramah dan bergaya.

 

 

Kursus ini memberi pengetahuan tentang teknik belajar dengan betul dengan lebih mendalam. Kursus ini amat bagus kerana saya dapat menambah kenalan. Keadaan dewan ini terlalu sejuk dan menyebabkan saya kerap ke tandas. Makan minum yang disediakan mencukupi dan sedap sekali. Jurulatihnya pun baik-baik belaka. Saya harap kursus ini akan diadakan pada setiap tahun.

 

 

Kursus ini dapat memberitahu pengetahuan tentang pelajaran dan kursus ini dapat kita memperoleh ilmu. Kawan-kawan di sini juga baik-baik belaka dan tidak sombong. Keadaan dewan di sini bersih dan dihiasi pelbagai benda yang menarik.

 

Harizatul Ahya bt Amree

 

Darjah 4

 

06-6796507

 

 

Pada pandangan saya kursus ini amat bagus bukan saja untuk pelajar sekolah, malah ia juga amat baik untuk remaja lepasan sekolah. Saya harap kursus ini dapat dijalankan mengikut peringkay umur. Lebih selesa jika dewan lebih luas. Saya mencadangkan agar sewaktu ceramah lebih banyak pergerakan (tidak duduk terlalu lama). Fasi perlu lebih baik dari segi penyampaian sewaktu memberi arahan.

 

 

Berasa gembira dan seronok. Aktiviti-aktiviti yang fun dan mancabar. Mempunyai kawan-kawan yang sporting. Tempat yang selesa dan makanan yang sedap. Jurulatih yang sporting dan funny. Saya mencadangkan agar seminar sebegini dibuat lagi pada masa akan datang. Sewaktu ceramah lebih funny supaya tidak bosan.

 

 

Seminar motivasi ini sangat menyeronokan dan bagus. Kawan-kawan di sini juga semuanya baik-baik. Keadaan di sini juga meriah.

 

 

Nur Syakirah bt Kamarulshah

 

Saya dapat mengenali ramai rakan-rakan yang baru. Kursus ini juga membantu saya cara berdoa dengan betul. Keadaan di dalam dewan ini sejuk dan ceria. Saya berasa selesa di sini. Jurulatih dan urusetia yang baik dan sporting. Saya harap kursus ini akan diadakan lagi dengan banyak lagi aktiviti yang best.

 

 

Saya berharap kursus ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang. Kursus ini memberi saya banyak ilmu yang saya tidak ketahui. Selain itu, saya juga dapat mengenali ramai kawan. Keadaan dewan sungguh kemas, bersih dan nyaman. Jurulatih juga amat peramah terhadap peserta dan selalu bersedia apabila diperlukan. Makanan dan minuman di sini juga sedap. Saya amat berharap agar kursus ini diteruskan kagi.

 

 

Nurul Hani bt Aba Ralak

 

Darjah 6

 

017-6375524

 

Saya berharap kursus yang akan datang akan baik dan tidak ada halangan. Saya berasa seronok dengan rakan saya kerana mendapat banyak ilmu yang ditunjukkan. Saya berharap pada tahun depan mempunyai seminar motivasi ini dengan bilangan pelajar yang ramai. Saya berasa seronok dengan jurulatih yang baik di seminar motivasi ini. Makan minum sangat sedap. Saya berharap seminar motivasi akan mengadakan pada tahun hadapan.

 

 

Bismillah..

 

Saya berasa sangat gembira hari ini kerana dapat menjalani program ini daripada pagi hingga ke petang. Saya mengharap agar program ini diadakan lagi. Nak program ini diadakan dengan mengikut tingkatan. Saya dapat menambah kawan baru yang selama ini saya tidak kenal. Jurulatih melayan dengan baik. Mengucapkan terima kasih kepada PEKAWAS, penceramah, jurulatih dan setiausaha.

 

Terima kasih..